Kehidupan peribadi Khaidhirah Abu Zahar

Datuk Dira pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Beliau pernah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid (kini berkahwin dengan Sherie Merlis) pada 2006, dan berpisah pada 2010. Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra Tengku Shafiz-Rullah. Datuk Dira kemudian telah mendirikan rumah tangga bersama jurukamera, Helmi Yusof, pada 14 November 2011,[14] dan pernah mengalami keguguran pada Disember 2013.[15] Dira dan Helmi memfailkan perceraian pada 2016.[16]

Bapanya, Datuk Seri Abu Zahar meninggal dunia pada 12 Julai 2013 jam 5.50 petang akibat penyakit kencing manis dan komplikasi buah pinggang.[17][18] Dalam temuramah bersama Kosmo!, Datuk Dira berkata selepas bapanya meninggal, beliau kerap pulang ke kampung bagi menemani ibunya, Datin Seri Khadijah.[19]

Beliau mempunyai seorang anak angkat bernama Waris Iskandar Andiqa selepas mendapat permohonan daripada kerajaan.[20][21]

Datuk Dira berkahwin kali ketiga bersama ahli perniagaan Syfik Izdzywan Sidek pada 21 Jun 2020 dengan sekali lafaz di Masjid Al Azim, Melaka, pada jam 10.30 pagi.[22] Dalam majlis itu, Datuk Dira menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 beserta tiga dulang hantaran berbalas lima.[23]

Rujukan

WikiPedia: Khaidhirah Abu Zahar http://english.astroawani.com/entertainment-news/r... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/3-bulan-l... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/pelakon-d... http://www.budiey.com/bapa-dira-abu-zahar-selamat-... http://www.imdb.com/name/nm5796022/ http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&d... http://www.manggaonline.com.my/berita-selebriti/34... http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/ar... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/dira-abu-zah...